MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

TERIMA KASIH CIKGU..

>> Khamis, 6 Mei 2010

"terima kasih cikgu sktm sume yg mngenali sy sbb bnyk tlg sy..insyaAllah sy akan mengambil asasi science computer engineeriing di uia dan rmi lg bekas pelajar sktm dpt melanjutkan pelajaran di ipt-Hadri


Kata-kata itu sempat saya quote daripada ruangan chat di blog ini.Walaupun saya tidak sempat mengenali bekas pelajar ini, saya amat berbangga dengannya.Di SKTM Hadri belajar A, B dan C.Akhirnya UIAM menjadi persinggahan pengajian tingginya.Beliau masih sempat mencoretkan sesuatu ke dalam blog ini.Tanda ingatan terhadap guru-gurunya yang sempat mengajarnya mengenal erti kehidupan.Terima kasih saudara Hadri.Moga terus maju jaya.Silalah bertamu ke sekolah ini kembali untuk memberikan ungkapan motivasi untuk adik-adik di sini.

Saya menulis nota ini kerana bulan Mei merupakan bulan yang cukup membawa seribu satu nostalgia kepada kita.Kita pernah belajar daripada seorang guru.Siapa pun pasti tersentuh saat 16 Mei setiap tahun di sambut penuh meriah.Ya..Hari Guru.

Coretan ini merupakan coretan awal bagi mengundang komen para pelawat.Coretkan ingatan dan nostalgia kalian tentang guru yang pernah membimbing.Coretkan apa juga kenangan indah ketika menyambut hari guru walau di mana kalian pernah berada.

Bagi warga guru, semangat dan komitmen yang diberikan sepanjang hampir 5 bulan di 2010 ini begitu membanggakan.Ini tanda kalian memang berdedikasi di dalam memikul amanah yang di berikan.SYABAS CIKGU.

Tahniah, syabas, congratulation, anda hebat, teruskan usaha


Itulah kata-kata azimat yang sering kita terima sewaktu menjadi murid suatu ketika dahulu.Dan kalimat itu jugalah kita jadikan sebagai perangsang untuk bergerak sebagai sebuah pasukan.Itulah kata-kata hikmat yang kita gunakan untuk mendorong rakan-rakan seperjuangan.Semangat, motivasi menggerakkkan kita ke suatu arah yang sukar di jangka.

Hebat malah terbilang!


Ruzain Syukur Mansor

Read more...

ADUHAI PUTERIKU..TERUSKAN PERJUANGAN

Assalamualaikum..
Maaafkan saya kerana agak lambat memuatkan entry terbaru.Pelawatnya saya akui masih setia.Penulisnya sahaja yang sedikit ketinggalan.


Apapun, memang banyak yang ingin dilaporkan.
Terlanjur memilih Aduhai Puteriku sebagai tajuk entry, elok rasanya berbicara tentang perjuangan Puteri Islam SKTM.Baru-baru ini pasukan Puteri Islam SKTM menang bergaya beberapa kategori dalam Pertandingan yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri Islam Daerah Klang.Antaranya:


Tempat pertama:Kategori misi menyelamat "memakai anduh"
Tempat kedua:Kategori penulisan kreatif
Tempat pertama:kategori merekacipta kraftangan kreatif berasaskan bunga kuaci

Sijil penyertaan :Kategori bercerita nilai murni.
Sijil penyertaan :Kategori catur.
Sijil penyertaan :Kategori hafazan.


Jadi, sukacita dimakluman bahawa lima orang Puteri SKTM akan mewakili PUTERI ISLAM DAERAH KLANG ke PERINGKAT NEGERI SELANGOR pertandingan kategori di atas.Pertandingan tersebut akan berlangsung di Daerah Sepang pada 8 Mei 2010.

Ini pencapaian yang amat membanggakan.Moga puteri-puteri SKTM ini terus menggegarkan arena, insyaAllah.Seluruh warga SKTM akan mendoakan kejayaan kalian.Berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Ruzain Syukur b Mansor

Read more...

MENCUBA DAN TERUS MENCUBA

>> Rabu, 7 April 2010

Adik Aisyah di Pentas MTQ Daerah 2010
Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah daripada Al-Qur'an
Di SK Sementa 7 April 2010


"Mencuba dan terus mencuba"

"Pengalaman akan mematangkan diri"

"Jangan berhenti untuk mencuba"


Itu antara kata-kata motivasi saya petang tadi , saat Adik Aisyah (5 Jujur) terpaksa menerima nota sedih tidak berjaya mendapat tempat terbaik pada Pertandingan Bercerita MTQ Peringkat Daerah Klang pada 7 April 2010.


Percubaan kali pertama mewakili SK Telok Menegon ke peringkat Zon membawa Adik Aisyah ke persada pentas pertandingan MTQ daerah.Ia suatu pencapaian yang baik.Namun pentas daerah amat berbeza dengan pertandingan di peringkat zon.Para peserta memang mantap-mantap belaka.Hanya sedikit kesalahan pasti mengurangkan markah.Pengalaman akan mematangkannya.Moga-moga terus berjaya pada hari-hari mendatang.


Terima kasih dan tahniah kepada para jurulatih yang berjaya menggilap bakat adik Aisyah ini.Bermula daripada peringkat zon lagi, mutiara SKTM ini di gilap bakatnya.Segala ilmu dan kemahiran di curah oleh ustaz dan ustazah.Kalian memang sudah berusaha.Tahniah kerana menyediakan Aisyah dengan segala kemahiran yang diperlukan.


Apa yang penting, kita sudah membuka mata rakan dan jiran (sekolah-sekolah sekitar), bahawa SKTM masih ada 'mutiara' yang bersinar.Kelak terus nanti memberikan saingan.
Jangan putus asa, langkah harus ke hadapan.


Tahniah Ustazah Asiah yang sudah melatih peserta MTQ hafazan untuk tahun hadapan.Al-hamdulillah, persediaan untuk 2011 sudah disediakan setahun daripada sekarang.Hebat tu!.Kita belajar daripada pengalaman.


Ruzain Syukur Mansor
Blogmaster baru yang masih bertatih..

Read more...

MOGA BERJAYA ADIK AISYAH..

>> Isnin, 5 April 2010






Ini gaya seorang bakal pemidato!.Adik Aisyah 5 Jujur muncul Naib Johan Pertandingan Bercerita Kisah Daripada Al-Qur'an peringkat MTQ Zon B2 Daerah Klang baru-baru ini.Tambahan pula kejayaan ini lebih manis kerana ianya berlangsung di tempat sendiri.SK Telok Menegon menjadi tuan rumah.


Aisyah akan turut menjadi wakil Zon B2 untuk bertanding ke peringkat daerah yang berlangsung pada 7 April 2010 di SK Sementa.Memang nampak kesungguhannya untuk bercerita.Berbakat dan berkeyakinan.Kita doakan Aisyah akan terus berjaya di peringkat Daerah nanti.



Kepada wakil sekolah yang lain untuk acara Tilawah L dan P, hafazan serta bercerita, anda adalah insan yang hebat.Terima kasih kerana telah menunjukkan bahawa SKTM melahirkan murid-murid yang berbakat.Walaupun kurang berjaya pada kali ini, teruskan usaha!.Jangan lemah semangat.Kalian adalah mutiara kami.Akan terus bersinar dan menyinari.

Read more...

ENTRY PERTAMA -SALAM PERKENALAN-


Patah Tumbuh Hilang Berganti..


Itu tajuk entry terakhir Ustaz Hamidi, blogger terkenal yang telah mengasaskan blog j-QAF SK Telok Menegon.Sebuah blog yang memaparkan suka duka perjalanan pendidik di sekolah yang beliau berbakti sejak 2005 ini.



Mengenali beliau sebagai seorang rakan amat mengkagumkan saya.Berjaya meninggalkan legasi yang sentiasa dirindu-rindu.



"Bila Ustaz Hamidi nak update blog?"

"Rindu pula kat tulisan Ustaz Hamidi yang menyengat kalbu tu!"



Itu komen rakan-rakan pendidik di Telok Menegon sejak 2010 tanpa blogmaster blog ini.Maksudnya berkesan juga penulisan Ustaz Hamidi.


Amanah yang diberikan kepada saya ini suatu tugasan yang berat.Gemantar juga rasanya.Menggantikan suatu tinggalan yang amat berjasa serta versatile dalam memperkenalkan SK Telok Menegon.Ramai pengikutnya.Namun , mungkin ada hikmahnya.Moga-moga tinggalan ini dapat kembali menjadi wadah untuk terus melontarkan idea bernas.Berita tanpa sempadan.Dakwah merentasi zaman.




Saya Ruzain Syukur b Mansor, Guru j-QAF yang baru sahaja melaporkan diri di SK Telok Menegon menggantikan Ustazah Saliza Zakaria.Ini entry pertama saya untuk blog ini.Tiada yang sempurna lagi.Maklumlah baru sahaja bertatih dalam dunia penulisan .Bimbinglah saya jika perlu.Tegurlah di mana kekurangan.Moga Blog j-QAF SK Telok Menegon ini terus mantop seperti dahulu.


Ruzain Syukur b Mansor
Yang baru pasti tak sama dengan yang dahulu.


Read more...

Patah tumbuh, hilang berganti

>> Sabtu, 3 April 2010

Salam...

Nampaknya, blog ini akan bertukar tangan. Blog master asal telah berhijrah. Jadi, urusan mengemaskini info berkaitan SKTM dan aktiviti j-QAF akan diserahkan kepada blog master yang baru, iaitu Ustaz Ruzain Syukur Mansor.

Kepada semua warga SKTM, mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang mengendalikan blog ini.

Semoga warga SKTM akan terus cemerlang dan terbilang dipersada pendidikan...




Salam hormat,

Ustaz Mohd Hamidi Zakaria,
Pengasas / Blog Master,
j-QAF SK Telok Menegon

Read more...

Salam Perpisahan

>> Sabtu, 21 November 2009

Salam...

Tahun 2010 bakal melakar cerita baru. Seramai 7 orang guru SKTM bakal meneruskan perjuangan dalam dunia pendidikan ini di tempat baru.

SKTM mengucapkan TAHNIAH dan selamat bertugas di tempat baru. Semoga berjaya...


Cikgu Ashaari bin Abdullah
Bertukar ke SK Batu Belah, Klang
Opsyen Pengajian Melayu

Puan Yusma Aiza Aziran bin Yunus
Bertukar ke Perak
Opsyen Pengajian Melayu


Encik Suhaimi bin Samsudin
Bertukar ke SK Batu Belah
Opsyen Matematik & Kajian Tempatan


Ustazah Saliza bt Zakaria
Bertukar ke SK Bukit Rawang Jaya
Opsyen j-QAF (Bahasa Arab)


Ustazah Marziyah bt Mohamed Omar
Bertukar ke Perak
Opsyen Pendidikan Islam & Kajian Tempatan

Mohd Hamidi bin Zakaria
Bertukar ke SK Desa Putra
Opsyen j-QAF (Pengajian Islam)


Encik Yusoff bin Yahya
Bertukar ke SK Taman Klang Utama, Klang
Opsyen Sains & Matematik

Read more...

Tahniah team 'Nur Eizzah'

>> Rabu, 11 November 2009

Salam...

Agak lama blog ini sunyi daripada sebarang posting. Entri kali ini cuma untuk memaklumkan kumpulan Nur Eizzah, iaitu pasukan Kalam Jamaie telah berjaya muncul JOHAN dalam Pertandingan Kalam Jamaie sempena Mahrajan Peringkat Daerah Klang 2009.

Dengan itu, Nur Eizzah akan mewakili daerah Klang ke Peringkat Negeri Selangor pada 13 dan 14 November 2009 di SMKA Kuala Selangor.

Tahniah dan Syabas!!!

Semoga pasukan Nur Eizzah bakal melakar kejayaan yang bermakna buat warga SK Telok Menegon... Gambatte!!!

Read more...

Zakat Fitrah

>> Jumaat, 4 September 2009

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya"

- Riwayat Muslim


KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.


WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:


1. Waktu wajib Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu yang paling afdhal Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu sunat Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu makruh Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5. Waktu haram Selepas terbenam matahari satu Syawal


sumber : e-zakat.com.my

Read more...

APC: Tahniah

>> Selasa, 25 Ogos 2009

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP