MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

Salam Perpisahan

>> Sabtu, 21 November 2009

Salam...

Tahun 2010 bakal melakar cerita baru. Seramai 7 orang guru SKTM bakal meneruskan perjuangan dalam dunia pendidikan ini di tempat baru.

SKTM mengucapkan TAHNIAH dan selamat bertugas di tempat baru. Semoga berjaya...


Cikgu Ashaari bin Abdullah
Bertukar ke SK Batu Belah, Klang
Opsyen Pengajian Melayu

Puan Yusma Aiza Aziran bin Yunus
Bertukar ke Perak
Opsyen Pengajian Melayu


Encik Suhaimi bin Samsudin
Bertukar ke SK Batu Belah
Opsyen Matematik & Kajian Tempatan


Ustazah Saliza bt Zakaria
Bertukar ke SK Bukit Rawang Jaya
Opsyen j-QAF (Bahasa Arab)


Ustazah Marziyah bt Mohamed Omar
Bertukar ke Perak
Opsyen Pendidikan Islam & Kajian Tempatan

Mohd Hamidi bin Zakaria
Bertukar ke SK Desa Putra
Opsyen j-QAF (Pengajian Islam)


Encik Yusoff bin Yahya
Bertukar ke SK Taman Klang Utama, Klang
Opsyen Sains & Matematik

Read more...

Tahniah team 'Nur Eizzah'

>> Rabu, 11 November 2009

Salam...

Agak lama blog ini sunyi daripada sebarang posting. Entri kali ini cuma untuk memaklumkan kumpulan Nur Eizzah, iaitu pasukan Kalam Jamaie telah berjaya muncul JOHAN dalam Pertandingan Kalam Jamaie sempena Mahrajan Peringkat Daerah Klang 2009.

Dengan itu, Nur Eizzah akan mewakili daerah Klang ke Peringkat Negeri Selangor pada 13 dan 14 November 2009 di SMKA Kuala Selangor.

Tahniah dan Syabas!!!

Semoga pasukan Nur Eizzah bakal melakar kejayaan yang bermakna buat warga SK Telok Menegon... Gambatte!!!

Read more...

Zakat Fitrah

>> Jumaat, 4 September 2009

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya"

- Riwayat Muslim


KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.


WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:


1. Waktu wajib Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu yang paling afdhal Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu sunat Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu makruh Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5. Waktu haram Selepas terbenam matahari satu Syawal


sumber : e-zakat.com.my

Read more...

APC: Tahniah

>> Selasa, 25 Ogos 2009

Read more...

Waktu P&P di Bulan Ramadhan

>> Jumaat, 21 Ogos 2009

Salam kepada semua warga SKTM dan ibu bapa penjaga murid SKTM,

Sempena bulan Ramadhan, khususnya murid pada sesi petang, ada sedikit perubahan pada waktu masuk dan pulang.

Berikut ialah perubahan waktu tersebut:

ISNIN : 1.25 petang - 5.45 petang
SELASA - KHAMIS : 1.00 petang - 5.45 petang
JUMAAT : 2.30 petang - 5.45

Adalah diharapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga dapat mengambil perhatian dengan waktu pulang murid pada sesi petang.

Akhir sekali, selamat bercuti kepada semua murid dan warga SKTM. Selamat menjalani ibadah dalam Bulan Ramadhan kepada semua.

Ramadhan Kareem!!!

Read more...

Buletin SKTM

Salam kepada semua...

Unit Dokumentasi SKTM telah menerbitkan Buletin Edisi 1/2009. Pihak sekolah juga telah mengedarkan Buletin 4 mukasurat tersebut kepada semua murid untuk diserahkan kepada ibu bapa dan penjaga masing-masing.



Buletin ini juga boleh didapati secara online dengan hanya klik di sini.

Selamat membaca. Segala komentar dan cadangan, sila ajukan kepada Unit Dokumentasi SKTM.

Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan...

Read more...

Salam Ramadhan


Tulisan Ustaz Irfan untuk dikongsi bersama:

Salam taqwa.

RAMADHAN DAN PENDUSTAAN TANPA SEDAR

Tulisan ringkas pada hari ini adalah merupakan persiapan penting bagi Muslim bagi menghadapi Ramadhan. Persiapan ini membabitkan kemurnian dan rasa akauntabiliti kita terhadap maklumat, ilmu dan pengisian mengenai bulan yang mulia ini.

Ramai muslim akan cuba untuk berkongsi ilmu dan mencetuskan kesedaran kepada rakannya yang lain mengenai Ramadan. Ada yang memberikan ceramah, tazkirah, menulis artikel, dan tidak kurang juga yang akan memanjangkan (forward) artikel-artikel berkaitan. Agak malang, sebahagian mereka telah terlibat di dalam pendustaan tanpa sedar. Pendustaan yang kerap berlaku ialah mereka menyandarkan kata-kata membabitkan fadhilat puasa dan Ramadhan kepada nabi Muhammad SAW, sedangkan nabi sendiri tidak pernah mengungkap kata-kata berkenaan.

Ini bukan untuk mencetuskan polemik salaf atau khalaf, tetapi hanyalah usaha kecil untuk menyedarkan umat Islam mengenai implikasi sekiranya kita berbohong atas nama nabi, seperti yang termaktub di dalam hadith mutawatir yang bermaksud, “Barangsiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di neraka”.

Mengulas hadith ini, Imam al-Nawawi berkata, “Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu’ atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu’. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu’ serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.”

Antara pendustaan atas nama nabi Muhammad yang berlaku menjelang Ramadhan ialah seperti berikut:


1. Kononnya Saidina Ali meriwayatkan hadith Rasulullah SAW mengenai fadhilat solat tarawih mengikut malam, contohnya malam pertama akan jadi seperti bayi yang baru dilahirkan, malam ke-7 seolah-olah dapat bertemu dengan nabi Musa dan membantu baginda menentang Fir’aun, dan malam ke-24 akan dimaqbulkan 24 doa. Hadith tidak pernah direkod di dalam mana-mana kitab himpunan hadith muktabar. Maknanya juga menepati ciri-ciri hadith palsu (maudhu’).

2. Hadith Rajab bulan Allah, Sha’ban bulan nabi dan Ramadhan bulan umat nabi. Hadith ini direka oleh Ibn Jahdam, seorang ahli tasauf yang turut mencipta beberapa hadith maudhu’ lain bagi tujuan galakan kepada umat Islam.

3. Hadith yang menyatakan Ramadhan itu awalnya rahmah, pertengahannya ada maghfirah (pengampunan) dan akhirnya ada pembebasan daripada api neraka. Teks hadith ini dikatakan merupakan sebahagian daripada khutbah nabi sebelum Ramadhan, antaranya turut mengandungi fadhilat memberi iftar kepada orang lain. Menurut Al-Albani, hadith ini termasuk di dalam hadith dho’if dari sudut periwayat dan periwayatannya.

4. Hadith yang menyakan berpuasalah kamu, nescaya kamu akan sihat. Teks penuh hadith ini ialah “berperanglah kalian, nescaya kalian akan mendapatkan ghonimah (harta rampasan perang), puasalah kalian nescaya kalian sihat, bermusafirlah kalian nescaya kalian bercukupan”. Hadith ini juga terdiri daripada hadith-hadith yang dho’if dari sudut periwayat dan periwayatannya.

Cukuplah sekadar 4 contoh hadith palsu (maudhu’) dan lemah (dho’if) yang kerap digunakan oleh umat Islam menjelang bulan Ramadhan. Saya hanya berkongsi maklumat ini tanpa perincian yang bersifat teknikal. Di sana terdapat banyak hadith sahih yang menceritakan mengenai fadhilat dan kaifiat puasa, yang insyaAllah sekiranya ada kesempatan akan saya kongsi dalam penulisan seterusnya.

Justeru, apa sikap kita apabila didatangi dengan hadith-hadith di atas? Walaupun mungkin ada makna di sebalik hadith di atas yang betul, seperti hadith puasalah, nescaya kamu akan sihat, akan tetapi Islam amat menitikberatkan keabsahan sesebuah hadith. Jangan sama sekali kita menyandarkan sesuatu yang kurang pasti sebagai kata-kata Rasulullah, kerana itu adalah pendustaan tanpa sedar. Sebaik-baiknya kita perlu mengelak daripada menulis, berceramah atau mem’forward’ artikel yang mengandungi hadith-hadith di atas. Akan tetapi ada juga sebahagian ulamak yang tetap membaca beberapa hadith lemah di atas, tetapi mereka menyatakan status hadith tersebut sebagai hadith dho’if.

Semoga kita mampu meningkatkan kualiti ibadah Ramadhan kita dengan memurnikan ilmu yang berkaitan dengannya.

***************************

Fiqh Siyam

Q: Adakah kita boleh makan selepas waktu imsak? Apakah asas waktu imsak?

A: Kita boleh makan selepas waktu imsak, sehinggalah tepat masuk waktu fajar. Rujuk Al-Baqarah:187. Asas mengapa sebahagian masyarakat Islam memperkenalkan waktu imsak mungkin merujuk kepada zaman Rasulullah sendiri, yang mana ketika itu ada 2 orang muazzin/bilal. Pertama, Bilal bin Rabah, dan kedua ialah Abdullah bin Ummi Maktum. Beberapa ketika menjelang waktu subuh, Bilal akan melaungkan azan pertama. Sementara ketika masuk waktu fajar, Ibn Ummi Maktum akan melaungkan azan kedua. Rasulullah membenarkan para sahabat makan dan minum sehingga mendengar azan Ibn Ummi Maktum. Selain itu, di dalam hadith sahih Zaid bin Thabit yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, beliau berkata, “Kami bersahur bersama Rasulullah kemudian kami berdiri untuk solat. Saya (Anas bin Malik) berkata : “Berapa jarak antara keduanya (antara sahur dan azan) dia (Zaid bin Tsabit) menjawab : “Lima puluh ayat”.

Q: Benarkah makruh hukumnya mencium wangi-wangian?

A: Di dalam kitab al-Ikhtiyarat, Ibn Taimiyyah menyatakan yang hukum mencium bau wangi semasa berpuasa adalah dibenarkan. Juga di sana, tidak terdapat sebarang nas yang menyatakan kemakruhan mencium wangian.

Q: Bilakah saat kita dibenarkan berniat puasa? Adakah selepas tarawih, atau pada waktu sahur?

A: Waktu niat berpuasa bermula daripada waktu maghrib hinggalah ke waktu fajar. Sekiranya ada lintasan hati/niat untuk berpuasa walaupun tidak berlafaz, maka kita dibolehkan untuk berpuasa.

Allahua’lam.

Read more...

Perkhemahan Unit Beruniform

>> Sabtu, 15 Ogos 2009

Penat tapi... seronok gak le... kan?

Kita susuri gambar... biar gambar yang bercerita... apa yang terjadi semasa perkhemahan unit beruniform pada 8 dan 9 Ogos 2009 yang lalu...



Ustazah Saliza sibuk mencari anak buahnya... mana la pergi sorang lagi ni... tak datang ke???


Amboi... cekak pinggang je cikgu Yusof san Cikgu Aris kat depan tuh...
Inilah Kem Kom dan Asis Kem Kom


Jom pasang khemah... Awat Cikgu Shahrin tuh... gatai ka???


Tengah pasang khemah pun sempat lagi bermesyuarat ka???


Cikgu lelaki tu tgh sibuk pasang khemah... cikgu perempuan tu tgh buat apa la agaknya.... fikirlah sendiri...


Ustazah Siti tengah buat apa tuh??? cari anak dia yang hilang ka???


ABP 1: Kawat Kaki... "Penatnya........"


Antara yang pengsan,...


Tu dia,... ramai tul yang pengsan... ke saja nak lari panas masa kawat ni...


Berehat kejap sebelum teruskan aktiviti... penat la tu


ABP 2: Petunjuk Arah... cikgu Yusof sedang beri taklimat


ABP 3: Kecemasan dan Rawatan... ubat ni sapu elok2...


Macam lipat kain kat umah la pulak...Betul ke ni cikgu???


ABP 4: Ikatan dan Simpulan... hah... ikat, jangan tak ikat...


Yang hang pi lilit kepala tu apa hal??? Budak nih.... ish


Ada gak check point... kena nyanyi Nasyid depan ustazah... lagu apa la agaknya tu yer...


Tengah carik apa tuh??? Buah kelapa kaa???


Inilah hidangan makan tengah hari...


Nape tutup muka??? Tak best ke menu nih??? Makan je lah... tapi yang pasti... ramai tak lalu nak habiskan... sama ada penat atau... cuba fikirlah sendiri yer...

TAHNIAH dan SYABAS kepada semua fasilitator dan jurulatih ABP (Aktiviti Berpengakalan).
Kita jumpa lagi tahun depan... insyaAllah...

Read more...

Majlis Solat Hajat & Ceramah Isra' Mi'raj

>> Rabu, 22 Julai 2009

Salam...

Pihak sekolah akan menganjurkan Majlis Solat Hajat untuk calon-calon UPSR dan semua murid seluruhnya bagi sesi 2009. Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 25 Julai 2009
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 10.30 pagi
Acara:

- Solat Hajat
- Bacaan Yaasin dan Tahlil
- Ceramah Isra' Mi'raj
- Jamuan makan

Ceramah Isra' dan Mi'raj akan disampaikan oleh Ustaz Asri Ibrahim (solo Rabbani).

Semua dijemput hadir...

Read more...

KBS Tahun 1 Siri 3

>> Jumaat, 3 Julai 2009

Salam...

Perhatian kepada semua warga SKTM

Panitia Pendidikan Islam j-QAF SKTM akan menganjurkan

Kem Bestari Solat Tahun 1 Siri 3/2009 pada:

Tarikh : 4 Julai 2009
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Pakaian: Lelaki- Baju Melayu Bersongkok dan berselipar
Perempuan - Baju Kurung, bertudung dan berselipar, sila bawa bersama telekung solat

Sila bawa bersama : Alatan Tulis, Buku Kerja j-QAF KBS

Kepada semua GPI dan GPI j-QAF, sila hadir.

Terima kasih.

Read more...

Penyerahan Data e-Laporan

>> Jumaat, 26 Jun 2009

Salam...

Hari ni dapat surat daripada PPD, mohon diserahkan semua data e-Laporan Jun 2009 pada 2 Julai 2009 (Khamis) ni.

InsyaAllah, semuanya akan diselesaikan dalam minggu ni... masih ada lagi beberapa kelas yang belum disiapkan. Masing2 guru sibuk dengan tugasan lain. Ada yang terlibat dengan Minggu Pusat Sumber, dan macam-macam lagi.

Hari Sabtu ni pulak, Sekolah Ganti. Jadual hari Jumaat.

Untuk makluman ibu bapa, surat dah diedarkan. Sekolah ganti ni sempena cuti Aidilfitri bulan September nanti.

Salam Rejab dari kami semua...

Read more...

Mengisi Data e-Laporan

>> Khamis, 25 Jun 2009

Salam...

Dah agak lama blog ni tak diupdate... makin bersawang.

Minggu ni admin agak sibuk. Begitu juga seminggu sebelum cuti sekolah. Dapat orang baru, jadi cuti seminggu. Tambah cuti sekolah 2 minggu, makin lama bercuti.

Naik dari cuti sekolah, dipanggil bermesyuarat dan berkursus 4 hari di Port Dickson pula. Tak sempat nak jenguk blog... apa pun, terima kasih atas kunjungan sahabat2...

Minggu ni agak sibuk dengan Data e-Laporan bulan Jun 2009. Masing2 GPI j-QAF telah diberi tugasan. Folder yang dah siap perlu diserahkan selewatnya hari Jumaat, esok.

Ini memudahkan saya untuk eksport dan import data sebelum data keseluruhan diserahkan kepada PPD pada awal Julai, minggu hadapan.

Minggu ni juga agak sibuk menyediakan teks untuk Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab dan Kalam Jamaie... murid pun masih belum dicari... Hmmm, moga Allah permudahkan urusan kami.

Kepada semua yang terlibat... Selamat Mengisi Data e-Laporan Jun 2009... Gambatte

Read more...

Tahniah KP PAI: APC 2008

>> Isnin, 1 Jun 2009

Salam...

Warga Panitia Pendidikan Islam SK Telok Menegon, Klang merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Ketua Panitia kami yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2008.

Semoga anugerah yang di terima akan dijadikan peransang dan pendorong ke arah mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun-tahun akan datang.

Ustazah Mazrita binti Mohd Tawil telah memegang jawatan Ketua Panita sejak 2004 lagi. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan menjadi pendorong kepada kami warga panitia untuk terus bekerja.

Tahniah sekali lagi!...

Nanti boleh la buat makan-makan sikit untuk kami yer... :)

Read more...

Sekitar Sambutan Hari Guru

Salam...

Sambutan Hari Guru Peringkat SKTM telah berlangsung pada 22 Mei 2009 yang lalu. Kesuntukan masa menyebabkan blogmaster tidak sempat untuk mengemaskini cerita dan berita dalam blog ini... :)

Sekitar gambar dan panorama Hari Guru 2009:

Majlis Perasmian, Bacaan Ikrar dan Bacaan Perutusan Khas


Antara pemenang Anugerah Guru Idola... ada lagi, tak sempat lagi nak upload gambar

Antara Acara Sukaneka...

Banyak lagi berita lain... lepas ni update semula...

Selamat Bercuti... :)

Read more...

Selamat Hari Guru

>> Khamis, 14 Mei 2009


Kepada semua pendidik.... Selamat Hari Guru

Read more...

Exam lagi

>> Isnin, 11 Mei 2009

Salam

Perhatian kepada semua ibu bapa dan murid SKTM

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan diadakan pada:

- Tahap 1 : 25 hingga 28 Mei 2009
- Tahap 2 : 25 hingga 29 Mei 2009

Semoga semua murid dapat mengulangkaji sebaik mungkin demi memperolehi kejayaan yang cemerlang, insyaAllah.

Salam kejayaan dari semua warga Panitia Pendidikan Islam j-QAF SKTM

Read more...

Hari Ko Akademik

>> Rabu, 6 Mei 2009

Salam...

Bangga melihat hasil arkitek muda membina Model Rumah Tradisional Daerah Klang...

Kreatif ciptaan mereka...

Sebanyak 24 buah sekolah yang mengambil bahagian... banyak model rumah yang dihasilkan. Inilah hasil yang terbaik...





JOHAN: SK Meru


NAIB JOHAN: SK Rantau Panjang

Semoga menjadi arkitek yang berjaya...

Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian...

Read more...

Bazar Baca!!!

>> Isnin, 27 April 2009

Salam,

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru sahaja berakhir semalam. Namun kehangatannya khususnya kepada pembaca dan pencinta buku tidak berakhir lagi.

SK Telok Menegon dan SPP Book Agency Sdn. Bhd, Shah Alam akan menganjurkan Bazar Baca sebagai kesinambungan kepada arus mencintai budaya membaca!!!

Tarikh: 1-3 May 2009
Tempat: SK Telok Menegon, Klang
Masa : 9 pagi hingga 5 petang

Apa yang menarik???

  • Diskaun hebat sehingga 70%
  • Tawaran Harga Runtuh RM1, RM2 dan RM3
  • Hadiah-hadiah menarik
  • Riang Ria
  • Cabutan Bertuah
Datanglah beramai-ramai...

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP