MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

APC: Tahniah

>> Selasa, 25 Ogos 2009

Read more...

Waktu P&P di Bulan Ramadhan

>> Jumaat, 21 Ogos 2009

Salam kepada semua warga SKTM dan ibu bapa penjaga murid SKTM,

Sempena bulan Ramadhan, khususnya murid pada sesi petang, ada sedikit perubahan pada waktu masuk dan pulang.

Berikut ialah perubahan waktu tersebut:

ISNIN : 1.25 petang - 5.45 petang
SELASA - KHAMIS : 1.00 petang - 5.45 petang
JUMAAT : 2.30 petang - 5.45

Adalah diharapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga dapat mengambil perhatian dengan waktu pulang murid pada sesi petang.

Akhir sekali, selamat bercuti kepada semua murid dan warga SKTM. Selamat menjalani ibadah dalam Bulan Ramadhan kepada semua.

Ramadhan Kareem!!!

Read more...

Buletin SKTM

Salam kepada semua...

Unit Dokumentasi SKTM telah menerbitkan Buletin Edisi 1/2009. Pihak sekolah juga telah mengedarkan Buletin 4 mukasurat tersebut kepada semua murid untuk diserahkan kepada ibu bapa dan penjaga masing-masing.



Buletin ini juga boleh didapati secara online dengan hanya klik di sini.

Selamat membaca. Segala komentar dan cadangan, sila ajukan kepada Unit Dokumentasi SKTM.

Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan...

Read more...

Salam Ramadhan


Tulisan Ustaz Irfan untuk dikongsi bersama:

Salam taqwa.

RAMADHAN DAN PENDUSTAAN TANPA SEDAR

Tulisan ringkas pada hari ini adalah merupakan persiapan penting bagi Muslim bagi menghadapi Ramadhan. Persiapan ini membabitkan kemurnian dan rasa akauntabiliti kita terhadap maklumat, ilmu dan pengisian mengenai bulan yang mulia ini.

Ramai muslim akan cuba untuk berkongsi ilmu dan mencetuskan kesedaran kepada rakannya yang lain mengenai Ramadan. Ada yang memberikan ceramah, tazkirah, menulis artikel, dan tidak kurang juga yang akan memanjangkan (forward) artikel-artikel berkaitan. Agak malang, sebahagian mereka telah terlibat di dalam pendustaan tanpa sedar. Pendustaan yang kerap berlaku ialah mereka menyandarkan kata-kata membabitkan fadhilat puasa dan Ramadhan kepada nabi Muhammad SAW, sedangkan nabi sendiri tidak pernah mengungkap kata-kata berkenaan.

Ini bukan untuk mencetuskan polemik salaf atau khalaf, tetapi hanyalah usaha kecil untuk menyedarkan umat Islam mengenai implikasi sekiranya kita berbohong atas nama nabi, seperti yang termaktub di dalam hadith mutawatir yang bermaksud, “Barangsiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di neraka”.

Mengulas hadith ini, Imam al-Nawawi berkata, “Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu’ atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu’. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu’ serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.”

Antara pendustaan atas nama nabi Muhammad yang berlaku menjelang Ramadhan ialah seperti berikut:


1. Kononnya Saidina Ali meriwayatkan hadith Rasulullah SAW mengenai fadhilat solat tarawih mengikut malam, contohnya malam pertama akan jadi seperti bayi yang baru dilahirkan, malam ke-7 seolah-olah dapat bertemu dengan nabi Musa dan membantu baginda menentang Fir’aun, dan malam ke-24 akan dimaqbulkan 24 doa. Hadith tidak pernah direkod di dalam mana-mana kitab himpunan hadith muktabar. Maknanya juga menepati ciri-ciri hadith palsu (maudhu’).

2. Hadith Rajab bulan Allah, Sha’ban bulan nabi dan Ramadhan bulan umat nabi. Hadith ini direka oleh Ibn Jahdam, seorang ahli tasauf yang turut mencipta beberapa hadith maudhu’ lain bagi tujuan galakan kepada umat Islam.

3. Hadith yang menyatakan Ramadhan itu awalnya rahmah, pertengahannya ada maghfirah (pengampunan) dan akhirnya ada pembebasan daripada api neraka. Teks hadith ini dikatakan merupakan sebahagian daripada khutbah nabi sebelum Ramadhan, antaranya turut mengandungi fadhilat memberi iftar kepada orang lain. Menurut Al-Albani, hadith ini termasuk di dalam hadith dho’if dari sudut periwayat dan periwayatannya.

4. Hadith yang menyakan berpuasalah kamu, nescaya kamu akan sihat. Teks penuh hadith ini ialah “berperanglah kalian, nescaya kalian akan mendapatkan ghonimah (harta rampasan perang), puasalah kalian nescaya kalian sihat, bermusafirlah kalian nescaya kalian bercukupan”. Hadith ini juga terdiri daripada hadith-hadith yang dho’if dari sudut periwayat dan periwayatannya.

Cukuplah sekadar 4 contoh hadith palsu (maudhu’) dan lemah (dho’if) yang kerap digunakan oleh umat Islam menjelang bulan Ramadhan. Saya hanya berkongsi maklumat ini tanpa perincian yang bersifat teknikal. Di sana terdapat banyak hadith sahih yang menceritakan mengenai fadhilat dan kaifiat puasa, yang insyaAllah sekiranya ada kesempatan akan saya kongsi dalam penulisan seterusnya.

Justeru, apa sikap kita apabila didatangi dengan hadith-hadith di atas? Walaupun mungkin ada makna di sebalik hadith di atas yang betul, seperti hadith puasalah, nescaya kamu akan sihat, akan tetapi Islam amat menitikberatkan keabsahan sesebuah hadith. Jangan sama sekali kita menyandarkan sesuatu yang kurang pasti sebagai kata-kata Rasulullah, kerana itu adalah pendustaan tanpa sedar. Sebaik-baiknya kita perlu mengelak daripada menulis, berceramah atau mem’forward’ artikel yang mengandungi hadith-hadith di atas. Akan tetapi ada juga sebahagian ulamak yang tetap membaca beberapa hadith lemah di atas, tetapi mereka menyatakan status hadith tersebut sebagai hadith dho’if.

Semoga kita mampu meningkatkan kualiti ibadah Ramadhan kita dengan memurnikan ilmu yang berkaitan dengannya.

***************************

Fiqh Siyam

Q: Adakah kita boleh makan selepas waktu imsak? Apakah asas waktu imsak?

A: Kita boleh makan selepas waktu imsak, sehinggalah tepat masuk waktu fajar. Rujuk Al-Baqarah:187. Asas mengapa sebahagian masyarakat Islam memperkenalkan waktu imsak mungkin merujuk kepada zaman Rasulullah sendiri, yang mana ketika itu ada 2 orang muazzin/bilal. Pertama, Bilal bin Rabah, dan kedua ialah Abdullah bin Ummi Maktum. Beberapa ketika menjelang waktu subuh, Bilal akan melaungkan azan pertama. Sementara ketika masuk waktu fajar, Ibn Ummi Maktum akan melaungkan azan kedua. Rasulullah membenarkan para sahabat makan dan minum sehingga mendengar azan Ibn Ummi Maktum. Selain itu, di dalam hadith sahih Zaid bin Thabit yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, beliau berkata, “Kami bersahur bersama Rasulullah kemudian kami berdiri untuk solat. Saya (Anas bin Malik) berkata : “Berapa jarak antara keduanya (antara sahur dan azan) dia (Zaid bin Tsabit) menjawab : “Lima puluh ayat”.

Q: Benarkah makruh hukumnya mencium wangi-wangian?

A: Di dalam kitab al-Ikhtiyarat, Ibn Taimiyyah menyatakan yang hukum mencium bau wangi semasa berpuasa adalah dibenarkan. Juga di sana, tidak terdapat sebarang nas yang menyatakan kemakruhan mencium wangian.

Q: Bilakah saat kita dibenarkan berniat puasa? Adakah selepas tarawih, atau pada waktu sahur?

A: Waktu niat berpuasa bermula daripada waktu maghrib hinggalah ke waktu fajar. Sekiranya ada lintasan hati/niat untuk berpuasa walaupun tidak berlafaz, maka kita dibolehkan untuk berpuasa.

Allahua’lam.

Read more...

Perkhemahan Unit Beruniform

>> Sabtu, 15 Ogos 2009

Penat tapi... seronok gak le... kan?

Kita susuri gambar... biar gambar yang bercerita... apa yang terjadi semasa perkhemahan unit beruniform pada 8 dan 9 Ogos 2009 yang lalu...



Ustazah Saliza sibuk mencari anak buahnya... mana la pergi sorang lagi ni... tak datang ke???


Amboi... cekak pinggang je cikgu Yusof san Cikgu Aris kat depan tuh...
Inilah Kem Kom dan Asis Kem Kom


Jom pasang khemah... Awat Cikgu Shahrin tuh... gatai ka???


Tengah pasang khemah pun sempat lagi bermesyuarat ka???


Cikgu lelaki tu tgh sibuk pasang khemah... cikgu perempuan tu tgh buat apa la agaknya.... fikirlah sendiri...


Ustazah Siti tengah buat apa tuh??? cari anak dia yang hilang ka???


ABP 1: Kawat Kaki... "Penatnya........"


Antara yang pengsan,...


Tu dia,... ramai tul yang pengsan... ke saja nak lari panas masa kawat ni...


Berehat kejap sebelum teruskan aktiviti... penat la tu


ABP 2: Petunjuk Arah... cikgu Yusof sedang beri taklimat


ABP 3: Kecemasan dan Rawatan... ubat ni sapu elok2...


Macam lipat kain kat umah la pulak...Betul ke ni cikgu???


ABP 4: Ikatan dan Simpulan... hah... ikat, jangan tak ikat...


Yang hang pi lilit kepala tu apa hal??? Budak nih.... ish


Ada gak check point... kena nyanyi Nasyid depan ustazah... lagu apa la agaknya tu yer...


Tengah carik apa tuh??? Buah kelapa kaa???


Inilah hidangan makan tengah hari...


Nape tutup muka??? Tak best ke menu nih??? Makan je lah... tapi yang pasti... ramai tak lalu nak habiskan... sama ada penat atau... cuba fikirlah sendiri yer...

TAHNIAH dan SYABAS kepada semua fasilitator dan jurulatih ABP (Aktiviti Berpengakalan).
Kita jumpa lagi tahun depan... insyaAllah...

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP