MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

Kem Bestari Solat

>> Jumaat, 30 Januari 2009

InsyaAllah, hari Sabtu bersamaan 31 Januari 2009, Panitia Pendidikan Islam j-QAF SK Telok Menegon akan mengadakan Kem Bestari Solat Siri 1 bagi Tahun 5. Seramai hampir 200 murid akan terlibat di bawah bimbingan 13 orang guru pembimbing. Semoga KBS kali pertama bagi tahun ini akan berjalan lancar.

Kepada semua guru, selamat menjalankan tugas sebaiknya...

"j-QAF tanpa Gagal..."

Read more...

Mulakan 2009 dengan Jayanya

>> Isnin, 19 Januari 2009

Salam ukhuwwah buat semua pendidik seluruh dunia,

Kini, sudah masuk minggu ketiga bagi sesi 2009. Kita telah berjaya melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh pihak pentadbir dengan jayanya. Segala perancangan, taqwim dan akitiviti bagi tahun 2009 juga telah kita susun.

Bagi Panitia Pendidikan Islam j-QAF SK Telok Menegon, tahun ini merupakan tahun kelima pelaksanaan program j-QAF di sini. Murid perintis kini berada di tahun lima. Tinggal baki dua tahun sahaja lagi untuk melihat hasil tuaian pertama program yang mula dilaksanakan pada tahun 2005.

Kerjasama, komitmen dan kesungguhan semua GPI dan GPI j-QAF serta seluruh warga pendidik yang lain merupakan elemen yang cukup penting dan asas ke arah menjayakan hasrat dan cita-cita murni ini. Semoga semua murid j-QAF rintis ini mampu melaksanakan solat, membaca Al-Quran, bertutur dalam Bahasa Arab dan memartabatkan semula tulisan jawi dengan baik dan cemerlang.

Semoga tahun 2009 ini akan membawa sinar baru buat kita semua. Jalankan tugas kita sepertimana yang telah diamanahkan dengan jujur dan amanah. Semoga kita semua akan berjaya dunia dan akhirat melalui aset yang telah dijana di dunia ini, insyaAllah...

Salam dari warga SKTM.

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP