MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

Bazar Baca!!!

>> Isnin, 27 April 2009

Salam,

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru sahaja berakhir semalam. Namun kehangatannya khususnya kepada pembaca dan pencinta buku tidak berakhir lagi.

SK Telok Menegon dan SPP Book Agency Sdn. Bhd, Shah Alam akan menganjurkan Bazar Baca sebagai kesinambungan kepada arus mencintai budaya membaca!!!

Tarikh: 1-3 May 2009
Tempat: SK Telok Menegon, Klang
Masa : 9 pagi hingga 5 petang

Apa yang menarik???

  • Diskaun hebat sehingga 70%
  • Tawaran Harga Runtuh RM1, RM2 dan RM3
  • Hadiah-hadiah menarik
  • Riang Ria
  • Cabutan Bertuah
Datanglah beramai-ramai...

Read more...

Panaroma KBS Tahun 1

>> Selasa, 21 April 2009

Kem Bestari Solat Siri 1 selesai diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang prihatin. Kehadiran yang begitu memuaskan. Jumlahnya, 160 daripada 189 murid tahun 1. Begitu menggalakkan. Harapnya lepas ni, kehadiran murid akan kekal atau bertambah bilangannya, bukannya berkurangan...

Terima kasih juga kepada semua fasilitator dari kalangan GPI dan GPI j-QAF yang turun membantu. Semoga usaha dan curahan ilmu itu akan terhitung sebagai amalan baik buat kita semua, insyaAllah.

Sekitar gambar KBS Tahun 1 yang diadakan baru-baru ini.



Sesi penerangan oleh guru pembimbing


Amali Wudhuk...


Buku Pengukuhan j-QAF yang digunakan dalam KBS Tahun 1


Murid-murid tekun menyiapkan tugasan dalam Buku Kerja j-QAF


Ustazah Asiah menunjuk cara mengambil wudhuk



Makan tengah hari sebelum solat Zuhur... siapa pulak si kecil tu???


Beratur mengambil wudhuk...


Menunggu teman-teman lain siap berwudhuk, azan pun belum berkumandang lagi


Mengaminkan doa selepas azan...


Selesai menunaikan Solat Zuhur berjemaah


Bersalaman sebelum pulang

Semoga KBS Siri 1 ini dapat menjadi pemangkin ke arah membentuk generasi yang akan menunaikan semua perintah Allah sebaiknya, sebagai bukti kecintaan kepada Rabbul 'Izzati, InsyaAllah,...

Kita jumpa lagi dalam KBS Siri ke-2 nanti...

Read more...

Kem Bestari Solat Tahun 1

>> Jumaat, 17 April 2009

KBS Tahun 1 Siri 1/2009 akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh: 18 April 2009 bersamaan 22 Rabiul Akhir 1430H
Masa: Jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat berkumpul: Dataran SKTM
Pakaian: Lelaki- Baju Melayu berselipar
Pakaian: Perempuan- Baju Kurung bertudung dan berselipar (bawa bersama telekung solat)

Bawa bersama alatan tulis, Buku Aktiviti j-QAF KBS Tahun 1

Harap maklum...

Read more...

Ubah Suai Rumah

Harap Maaf...

Kami sedang mengecat dan mengubahsuai rumah kami.

Segala kesulitan amat dikesali...

Admin

Read more...

Jasamu Dikenang

>> Selasa, 7 April 2009


Pada minggu lepas, SKTM telah kehilangan dua orang guru yang cukup berpengalaman. Mereka telah pergi meninggalkan SKTM demi menyambung tugas di sekolah baru.

Puan Suzlina Karin, seorang guru pakar Bahasa Melayu yang juga merupakan pemeriksa kertas Bahasa Melayu UPSR telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang atas arahan perkhidmatan.

Begitu juga Encik Nazri Jamil yang merupakan Guru Sains yang tegas dan baik, telah ditukarkan ke SK ACS Methodist, Klang.

Semoga kedua-dua orang guru ini akan terus menyumbangkan khidmat dan bakti demi anak bangsa tercinta...

SKTM pasti merindui kalian berdua...

Read more...

KBS Tahun 2 Siri 1/2009

>> Selasa, 31 Mac 2009


Alhamdulillah, setelah ditunda beberapa kali, akhirnya Kem Bestari Solat untuk Tahun 2 akan dilaksanakan pada:

Tarikh : 4 April 2009
Hari : Sabtu

Masa : 7.30 am hingga 2.00 pm
Justeru itu, kepada semua warga GPI khususnya, harap dapat meluangkan masa pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan bagi melancarkan pelaksanaan KBS kali ini.

Semoga segala usaha kan diberkati Allah... InsyaAllah

Read more...

Maulidur Rasul di penghujung Rabiul Awal

>> Jumaat, 27 Mac 2009

Pengumuman

SKTM akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1430 pada:

Tarikh : 28 Mac 2009
Hari : Sabtu
Penceramah: Ustaz Mohd Farid Ahmad.

Aktiviti yang telah dan akan dilangsungkan:

1. Peraduan Mewarna Tahun 1 dan 2
2. Tulisan Khat Tahun 3
3. Sepanduk Tercantik
4. Perarakan dan Selawat
5. Ceramah

Diharapkan kepada semua murid akan dapat hadir ke sekolah pada jam 7.30 pagi.
Pakaian: Lelaki- Baju Melayu lengkap bersampin
Pakaian: Perempuan - Baju Kurung bertudung

"Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"

Kumpulan Nasyid SKTM akan mengambil bahagian dalam MTQ Peringkat Daerah Klang esok, bertempat di SK Bukit Rimau. Semoga Allah memberikan kejayaan buat kontijen SKTM. All the best...


Read more...

Tahniah Kontijen Nasyid SKTM

>> Rabu, 11 Mac 2009


Salam...

Terharu dan bersyukur... itulah perasaan yang mengiringi kemenangan kontijen Nasyid SKTM. Walaupun serba kekurangan pada tahun ini, pasukan Soutul At-Tolabah SKTM telah berjaya menyelinap masuk untuk sama-sama tersenarai di antara pasukan yang akan mewakili Zon ke peringkat Daerah Klang pada 28 Mac 2009 nanti.

A: Wakil SKTM Kategori Hafazan
B: Wakil SKTM Kategori Tilawah
C: Wakil SKTM Kategori Bercerita...hmm, betul, betul, betul...

Kenapa serba kekurangan? Pada tahun ini, tiada peruntukan dikeluarkan untuk pakaian pasukan Nasyid, hasilnya... penampilan yang tidak se'gah' peserta lain...

Betul kata pepatah...'don't judge the book by it's cover'. Itu lah hakikatnya.
A: Johan Kategori Nasyid Zon B2, SK Kg Jawa
B: Ketiga, Kumpulan Soutul At-Tolabah, SK Telok Menegon

Terima kasih diucapkan buat Ummi (panggilan buat Umi Anas). Seorang ibu yang cukup prihatin membantu kami. Membantu anak-anak ini, menyuntik semangat dan harapan. Sama-sama turun padang, berkongsi idea dan pandangan untuk memastikan kejayaan anak-anaknya dalam pentas Nasyid... sesungguhnya doa seorang ibu, begitu bermakna...

Apa pun...kredit juga diberikan kepada Ustazah Nor Suhaila yang gigih melatih murid walaupun sibuk dengan praktikum j-QAF. Moga Allah permudahkan urusan ustazah yer... juga buat semua warga Pendidikan Islam j-QAF (Ustazah Suhana, Ustazah Asiah, Ustaz Farid dan lain-lain) yang telah sama-sama melaksanakan tanggungjawab ini.

Tahniah sekali lagi kepada semua...

Keputusan penuh kategori Nasyid:

JOHAN : SK Kampung Jawa
NAIB JOHAN: SK Kampung Jawa 2
TEMPAT KE-3: SK Telok Menegon

Read more...

Siap siaga...

>> Ahad, 8 Mac 2009

Assalamualaikum

Gambar sekitar gotong royong bilik j-QAF seusai melaksanakan tugasan dan tanggungjawab Kem Bestari Solat Tahun 3 Siri 1/2009.

A: Ustazah Saliza sedang mengasingkan carta BBM mengikut maddah
B: Ustaz Farid tengah nak pasang tikar getah...potong kasi lurus tau
C: Masing-masing sibuk mengemas
D: Tak hirau dah apa orang lain buat... nak balik masak lagi nih...ish ish


Panitia Pendidikan Islam j-QAF SK Telok Menegon ingin mengucapkan
SALAM MAULIDURR RASUL 1430H
kepada semua pengunjung...

Bersama kita menghayati Sirah Junjungan...

Read more...

Sambutan Maal Hijrah

>> Sabtu, 7 Mac 2009

Assalamualaikum...
Info kepada semua guru SK Telok Menegon,
Pertandingan Melukis Kain Rentang sempena
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah akan bermula minggu hadapan.
Syarat Penyertaan:
- setiap kumpulan tidak melebihi 10 orang guru
- kain rentang (warna putih) sepanjang 2 meter
- Ayat/kata-kata yang perlu ditulis, sila rujuk Ustazah Mazrita
- Hadiah, wang tunai... berapa??? kena menang dulu, baru tahu...
Jadi... tunggu apa lagi? Semarakkan Maulidur Rasul tahun ini dengan Kain Rentang yang best-best, tapi kemeriahan sambutan bukan hanya terletak pada kain rentangnya saja tau... Sama-sama kita hayati sirah perjuangan dan hidup Rasulullah s.a.w yang kita cintai...
Ya Rasulullah... engkau lah junjungan Mulia... ikutan kami

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP