MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

ENTRY PERTAMA -SALAM PERKENALAN-

>> Isnin, 5 April 2010


Patah Tumbuh Hilang Berganti..


Itu tajuk entry terakhir Ustaz Hamidi, blogger terkenal yang telah mengasaskan blog j-QAF SK Telok Menegon.Sebuah blog yang memaparkan suka duka perjalanan pendidik di sekolah yang beliau berbakti sejak 2005 ini.



Mengenali beliau sebagai seorang rakan amat mengkagumkan saya.Berjaya meninggalkan legasi yang sentiasa dirindu-rindu.



"Bila Ustaz Hamidi nak update blog?"

"Rindu pula kat tulisan Ustaz Hamidi yang menyengat kalbu tu!"



Itu komen rakan-rakan pendidik di Telok Menegon sejak 2010 tanpa blogmaster blog ini.Maksudnya berkesan juga penulisan Ustaz Hamidi.


Amanah yang diberikan kepada saya ini suatu tugasan yang berat.Gemantar juga rasanya.Menggantikan suatu tinggalan yang amat berjasa serta versatile dalam memperkenalkan SK Telok Menegon.Ramai pengikutnya.Namun , mungkin ada hikmahnya.Moga-moga tinggalan ini dapat kembali menjadi wadah untuk terus melontarkan idea bernas.Berita tanpa sempadan.Dakwah merentasi zaman.




Saya Ruzain Syukur b Mansor, Guru j-QAF yang baru sahaja melaporkan diri di SK Telok Menegon menggantikan Ustazah Saliza Zakaria.Ini entry pertama saya untuk blog ini.Tiada yang sempurna lagi.Maklumlah baru sahaja bertatih dalam dunia penulisan .Bimbinglah saya jika perlu.Tegurlah di mana kekurangan.Moga Blog j-QAF SK Telok Menegon ini terus mantop seperti dahulu.


Ruzain Syukur b Mansor
Yang baru pasti tak sama dengan yang dahulu.


3 ulasan:

Abu Muazz 5 April 2010 11:37 PG  

salam syeikh,...

Melangit pujiannya... tak sampai ke tahap tu rasanya... :)

Harapnyer, blog ni akan terus wujud. Walaupun pada asalnya ia diwujudkan atas kapasiti berita dan aktiviti j-QAF sahaja, namun... segala yg berkaitan dengan SKTM, turut diselitkan. 1SKTM ler katakan... huhu.

Sebelum ni, tak ramai yang kunjung blog ni... hatta warga SKTM sendiri, lama kelamaan... ada la yang jenguk. Yg penting, berita yg dimuatkan... blog master baru ni, terror dalam penulisan... pastinya lebih menyengat.

tahniah... teruskan dakwah kita.

Salam...

ruzain syukur 5 April 2010 4:55 PTG  

Terima kasih kerana masih sudi bertamu.Komitmen semakin bertambah.InsyaAllah akan cuba diusahakan juga mengimarahkan blog ini.

Ini wadah pelbagai cerita.Moga terus bertamu dan terus memberi motivasi.Anta kena datang bagi ceramah kat SKTM ni.Ramai yang rindu tu..

Abu Muazz 6 April 2010 3:06 PTG  

:) tempat jatuh lagikan dikenang...

Blog Widget by LinkWithin

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP