MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

MENCUBA DAN TERUS MENCUBA

>> Rabu, 7 April 2010

Adik Aisyah di Pentas MTQ Daerah 2010
Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah daripada Al-Qur'an
Di SK Sementa 7 April 2010


"Mencuba dan terus mencuba"

"Pengalaman akan mematangkan diri"

"Jangan berhenti untuk mencuba"


Itu antara kata-kata motivasi saya petang tadi , saat Adik Aisyah (5 Jujur) terpaksa menerima nota sedih tidak berjaya mendapat tempat terbaik pada Pertandingan Bercerita MTQ Peringkat Daerah Klang pada 7 April 2010.


Percubaan kali pertama mewakili SK Telok Menegon ke peringkat Zon membawa Adik Aisyah ke persada pentas pertandingan MTQ daerah.Ia suatu pencapaian yang baik.Namun pentas daerah amat berbeza dengan pertandingan di peringkat zon.Para peserta memang mantap-mantap belaka.Hanya sedikit kesalahan pasti mengurangkan markah.Pengalaman akan mematangkannya.Moga-moga terus berjaya pada hari-hari mendatang.


Terima kasih dan tahniah kepada para jurulatih yang berjaya menggilap bakat adik Aisyah ini.Bermula daripada peringkat zon lagi, mutiara SKTM ini di gilap bakatnya.Segala ilmu dan kemahiran di curah oleh ustaz dan ustazah.Kalian memang sudah berusaha.Tahniah kerana menyediakan Aisyah dengan segala kemahiran yang diperlukan.


Apa yang penting, kita sudah membuka mata rakan dan jiran (sekolah-sekolah sekitar), bahawa SKTM masih ada 'mutiara' yang bersinar.Kelak terus nanti memberikan saingan.
Jangan putus asa, langkah harus ke hadapan.


Tahniah Ustazah Asiah yang sudah melatih peserta MTQ hafazan untuk tahun hadapan.Al-hamdulillah, persediaan untuk 2011 sudah disediakan setahun daripada sekarang.Hebat tu!.Kita belajar daripada pengalaman.


Ruzain Syukur Mansor
Blogmaster baru yang masih bertatih..

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP