MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

Upin dan Ipin di SKTM

>> Sabtu, 21 Februari 2009

Salam..

Dikesempatan ini, kami warga SK Telok Menegon nak ucapkan Selamat Berjaya buat adik Fathiah Diaz murid Tahun 4 SKTM yang akan mewakili sekolah ke Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu. Semoga bakat yang ada dalam diri akan terus subur, membentuk jiwa dan akhlak yang terpuji...

Betul tak ipin?... "hmmm...betul betul betul..."

Adik Fathiah, nama yang kini sinonim dengan Upin dan Ipin di SKTM...walaupun dah glamour, dia tetap maintain dengan sifat lucu dan ceria...moga Fathiah terus cemerlang

Taknak sponsor tiket Geng: Pengembaraan Bermula ke??

Read more...

Kelas Tasmik Bermula

>> Selasa, 17 Februari 2009

Walaupun sebenarnya kelas tasmik sudah bermula seawal sesi persekolahan lagi, namun pada bulan pertama pelaksanaannya, tidak ramai murid sama ada tahap 2 pada sesi pagi mahupun murid petang (tahun 1, 2 dan 3) yang hadir ke Baitul Hikmah (bilik j-QAF) untuk mengaji al-Quran.

Namun begitu, apabila surat edaran rasmi dikeluarkan kepada ibu bapa semalam, respon yang diterima begitu menggalakkan dan memberansangkan. Jadual yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

Tahun 1: Setiap Hari Selasa
Tahun 2: Setiap Hari Rabu
Tahun 3: Setiap Hari Khamis

Masa : 12.00 pm hingga 1.00pm

Kedatangan murid tahun 1 pada hari ini agak mengejutkan semua guru GPI j-QAF. Mereka hadir bersama-sama ibu bapa masing-masing. Keadaan ini menimbulkan keadaan kurang selesa sebenarnya. Namun kami semua terpaksa menerima hakikat bahawa mruid tahun 1 sememangnya masih baru dalam dunia j-QAF ini.

Bertalu-talu persoalan yang diterima daripada pihak ibu bapa. Kami menerima dan menjawab persoalan tersebut dengan berlapang dada...

Semoga kehadiran murid ke kelas tasmik pada hari-hari dan minggu-minggu akan datang, akan bertambah meriah dan menggalakkan.

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang memberikan komitmen yang tinggi dan kerjasama yang baik.

Kepada semua GPI dan GPI j-QAF, selamat menjalankan tugas...

Read more...

MTQ Peringkat Sekolah 2009

>> Isnin, 16 Februari 2009

Assalamualaikum,

Sabtu-14 Februari, Panitia Pendidikan Islam j-QAF SK Telok Menegon telah berjaya menyempurnakan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ’09) Peringkat Sekolah. MTQ kali ini adalah bertujuan untuk memilih peserta yang akan mewakili SKTM pada MTQ Peringkat Zon yang dijadualkan pada 23 Mac 2009.

MTQ peringkat sekolah yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Sebanyak 6 kategori acara telah dipertandingkan iaitu tilawah al-Quran, hafazan, tulisan jawi, khat, bercerita dan nasyid.

Ramai murid begitu teruja untuk menyertai pertandingan ini kerana ini merupakan pengalaman pertama mereka. MTQ ini telah berjaya menimbulkan semangat persaingan dikalangan murid dan kerjasama diantara mereka khususnya dalam pertandingan nasyid. Ahli kumpulan telah berusaha mencari lagu, tema dan bentuk gaya persembahan secara kolektif tanpa bimbingan guru. Ini menunjukkan mereka mampu berdikari dan bekerjasama antara satu sama lain.

Hakim yang mengadili pertandingan ini terdiri daripada guru-guru SKTM sendiri. Namun bagi bahagian nasyid, hakim jemputan telah diundang bagi menilai para peserta. Mereka ialah Tuan Haji Kaharuddin dan Encik Mohd Radzi.

Read more...

Kem Bestari Solat

>> Ahad, 8 Februari 2009

Read more...

Sekitar KBS Tahun 5 Siri 1/2009

>> Sabtu, 7 Februari 2009

Assalamualaikum...

Tanggal 31 Januari 2009, kami telah berjaya melaksanakan KBS Tahun 5 Siri 1/2009 seperti yang telah dirancang. Walaupun kehadiran murid tidak memuaskan iaitu hanya 65 orang sahaja, namun kami laksanakan sebaik mungkin.

Objektif KBS Tahun 5 adalah seperti berikut:

1.1.1. Murid dapat berwudhuk dan tayammum dengan sempurna

1.1.2. Murid dapat melaungkan dan melafazkan Azan dengan betul

1.1.3. Murid dapat melafazkan Azan dan Iqamah dengan betul

1.1.4. Murid dapat membaca doa selepas Azan dan Iqamah dengan betul

1.1.5. Murid dapat membaca dan menghafaz surah Al-Bayyinah, Al-Qadr dan Al-‘Alaq dengan betul dan lancar

1.1.6. Murid dapat membaca dan memahami surah Al-Fatihah, doa iftitah, tahiyyat awal, tahiyyat akhir dan doa qunut.

1.1.7. Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dengan sempurna

1.1.8. Murid dapat memahami dan menyatakan perbezaan antara masbuk dan muafiq

1.1.9. Murid dapat menyatakan syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah solat



KBS Tahun 5 ini bermula jam 8.00 pagi. Selepas sesi pembahagian kumpulan dan taklimat kepada semua murid, mereka telah bergerak ke kelas dan bilik khas untuk meneruskan aktiviti bersama fasilitator.

Tentatif KBS pula seperti berikut:

07.30 – 07.40 pg - Perhimpunan

07.40 – 08.00 pg - Taklimat dan Agihan Kumpulan

08.00 – 09.30 pg - Tasmik Al-Quran

09.30 – 10.00 pg - Rehat

10.00 – 10.30 pg - LDK 1

10.30 – 11.30 pg - LDK 2

11.30 – 12.30 tgh hari - LDK 3

12.30 tgh hari - Makan tengah hari

- Solat Zuhur berjemaah dan bersurai



Pengisian LDK pula seperti di bawah:

1.1. Tahun 5

1.1.1. LDK 1

Azan dan Iqamah:

- Laungan azan dan lafaz iqamah

- Jawab azan dan iqamah

- Doa selepas azan dan iqamah

1.1.2. LDK 2

Solat berjemaah teori dan praktikal:

- Lafaz niat solat berjemaah

- Perlakuan solat berjemaah

- Kedudukan imam dan makmum

- Masbuq dan muafiq

1.1.3. LDK 3

Bacaan dalam solat & Amali Solat

- Menghafaz Surah Al-Bayyinah, Al-Qadr dan Al-‘Alaq

- Surah Al-Fatihah

- Tahiyyat awal & akhir

- Doa Qunut

- Amali Wuduk dan Tayammum

- Amali Solat Berjemaah


Berikut ialah gambar sekitar KBS Tahun 5... :)


Ustazah Suhaila sedang tasmik murid-muridnya



Murid tekun membaca al-Quran


Murid perempuan juga tidak ketinggalan...khusyuk membaca al-Quran


Amali Solat di dalam Bilik Baitul Hikmah


Waktu yang ditunggu-tunggu...Baca doa dulu yea...


Sama-sama tunaikan solat Fardhu Zuhur berjemaah...diimamkan oleh Ustaz Hamidi



Selesai solat, ustaz Hamidi menyampaikan sedikit tazkirah dan nasihat kepada semua murid

Program selesai jam 2.00 petang. Apa yang diharapkan, semua murid yang hadir dapat memanfaatkan ilmu serta menjadikan solat sebagai amalan yang sentiasa dilakukan.

Kepada semua guru yang terlibat (ustazah Mazrita, ustazah Suhaila, ustazah Suhana, ustazah Saliza, ustazah Salmiah, ustazah Suziana, ustaz Muazzin, ustaz Hamidi dan ustazah Siti Huzaimah), semoga segala usaha akan diberkati Allah... jika bukan habuan kita di dunia, tunggulah di akhirat sana... InsyaAllah. Jumpa lagi di KBS yang akan datang yeeee...

Read more...

KBS Tahun 4 Siri1/2009

>> Jumaat, 6 Februari 2009

Salam semua...

Kepada semua warga SKTM khususnya ustaz dan ustazah, dimaklumkan aktiviti terkini:

Aktiviti : KBS Tahun 4 Siri 1/2009
Tarikh : 7 Februari 2009
Hari : Sabtu
Masa : 7.45 pagi hingga 2.00 petang

Kerjasama semua pihak amat dihargai....kepada semua murid Tahun 4, diharapkan tidak menguzurkan diri... hadirlah beramai-ramai.

Sekian, wassalam

Read more...

Selamat Kembali Ke Sekolah

>> Khamis, 5 Februari 2009

Assalamualaikum

Seluruh warga GPI dan GPI j-QAF SKTM merakamkan ucapan takziah kepada Ustazah Asiah dan keluarga di atas pemergian ke rahmatullah ayahnda tercinta pada 1 Februari 2009. Semoga tabah menghadapi ujian hidup ini.

Bagi kami, Ustazah Asiah adalah contoh seorang anak yang cukup baik. Pengorbanan yang ditunjukkan adalah bukti kecintaan dan kasih sayangnya kepada ayahnda tercinta. Beliau sanggup menghabiskan cuti rehat dan menyambung cuti separuh gaji selama sebulan demi menjaga ayah yang terlantar sakit di rumah (kelantan).

Bagi kami juga, berbaloi lah pengorbanan Ustazah Asiah selama hampir sebulan menguruskan ayahnya yang uzur. Inilah pengorbanan yang amat mulia.

7 Februari 2009, ustazah Asiah akan kembali ke SKTM. Semoga kehilangan yang dirasai, tidak akan mengganggu tugasnya sebagai seorang pendidik. Semoga beliau tabah menghadapi ujian ini. Ujian demi ujian...selepas beliau keguguran lewat November 2008 yang lalu pada usia kandungan baru mencecah 5 bulan... takziah sekali lagi...

Al-Fatihah untuk arwah...

Read more...

Komitmen kita

Assalamualaikum semua...

Tahun 2009 merupakan tahun yang amat mencabar bagi kami semua warga GPI dan GPI j-QAF. Tahun pelaksanaan j-QAF di SKTM sudah masuk tahun yang kelima. Ini bermakna, hanya tinggal dua tahun sahaja lagi untuk kami melihat kejayaan program j-QAF di sekolah ini.

Dengan kapasiti 7 orang GPI dan 8 orang GPI j-QAF kini, kami amat mengharapkan agar kami dapat melakukan yang terbaik.

Kelas juga makin bertambah;
Tahun 1 : 5 Kelas
Tahun 2 : 5 Kelas
Tahun 3 : 6 Kelas
Tahun 4 : 6 Kelas
Tahun 5 : 5 Kelas

Jumlah murid juga hampir mencecah 1100 orang murid. Antara perkara yang perlu diambil berat oleh semua GPI dan GPI j-QAF ialah:

1. Pelaksanaan Tasmik - medan untuk memastikan murid mampu membaca al-Quran dengan baik, dan memastikan agar murid sentiasa 'dekat' dengan al-Quran.

2. Pemulihan Jawi - cuba kita minimumkan bilangan murid yang belum celik jawi ini. Sekurang-kurangnya murid tahun 5 sudah sifar buta jawi... itu lah yang kita harapkan sebenarnya.

3. Buku Rekod Bacaan Murid - sekarang murid tahun 1 dan 2 hanya menggunakan kad bacaan. Marilah kita pastikan waimma buku rekod atau kad bacaan ini dicatat pada waktu yang seharusnya.

4. KBS - masih ada dikalangan murid yang belum sempurna cara mengambil wudhuk... sekiranya tanpa pengawasan kita. Sama ada mereka tidak tahu, atau sengaja buat-buat malas untuk mengambil wudhuk dengan baik... itu tugas kita juga... sering kita perlu ingatkan ... ingatkan.. dan ingatkan...

Dengan perubahan jadual waktu yang akan dilakukan nanti, semoga kita dapat melaksanakan p&p dengan lebih baik...insyaAllah.

"j-QAF tanpa gagal"...

Read more...

Ahlan wa sahlan...

>> Rabu, 4 Februari 2009

Alhamdulillah, 3 Feb yang lepas SKTM telah menerima dua lagi guru Pendidikan Islam program j-QAF (GPI j-QAF) bagi in-take 2009. Seluruh warga SKTM mengalu-alukan kedatangan Ustaz Mohd Farid dan Ustazah Maazzah dari IPBA yang mula menjadi warga SKTM.

Ustaz Mohd Farid berasal dari Selangor dan kini menetap di Pelabuhan Klang, mendapat pendidikan di salah sebuah universiti di Indonesia selama 4 tahun. Manakala ustazah Maazzah pula berasal dari Kedah dan memperolehi ijazah pertamanya di Kolej Universiti Insaniah, Kedah. Mereka berdua akan mengajar matapelajaran Pemulihan Jawi dan Al-Quran.

Kepada kedua-dua warga baru j-QAF, selamat menjalankan tugas dan amanah...

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP